Nuur Counselling & Training Centre
Keperluan untuk menjaga kesihatan mental kita sama pentingnya seperti menjaga kesihatan fizikal kita. Namun, keadaan kesihatan mental adalah perkara yang terlindung pada diri seseorang dan tidak dapat dilihat oleh orang lain secara pasti melainkan hanya tanda-tandanya sahaja; tidak seperti kebanyakan penyakit fizikal yang boleh dilihat atau dikesan dengan mata kasar.
Isu dan masalah mental yang dihadapi oleh seseorang ini mesti dikenal pasti dan ditangani daripada awal supaya dapat mengelakkan risiko terhadap diri dan persekitarannya. Langkah terbaik adalah berjumpalah dengan mana-mana kaunselor atau pegawai psikologi klinikal untuk mendapatkan perkhidmatan perundingan dan rawatan yang profesional – demi sebuah kehidupan yang lebih membahagiakan.
_____
Pn. Mahirah binti A Rashid
Pengurus Eksekutif