Kenali Kaunselor

Mahirah

Pn. Mahirah A Rashid adalah pengasas dan Pengurus Eksekutif π‘π‘’π‘’π‘Ÿ πΆπ‘œπ‘’π‘›π‘ π‘’π‘™π‘™π‘–π‘›π‘” & π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘–π‘›π‘” πΆπ‘’π‘›π‘‘π‘Ÿπ‘’. Beliau juga merupakan kaunselor panel di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (TH). Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Sambilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penolong Pegawai Psikologi Klinikal di Hospital Besar Kuala Lumpur. Beliau berkemahiran dalam menangani isu-isu rumah tangga yang dihadapi oleh suami-isteri dan anak-anak. Selain itu, beliau sering diundang untuk memberikan ceramah berkaitan pendidikan awal kanak-kanak, kecemerlangan akademik, pembinaan modal insan, pembangunan rumah tangga, perkembangan kerjaya serta pengurusan emosi dan kesihatan mental.


Anis



Pn. Anis Nabilah binti Mohamad Umbaidah merupakan kaunselor berdaftar berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kaunselor sukarelawan di Malaysian Relief Agency (MRA) Terengganu. Beliau berkemahiran dalam menangani isu-isu dalam kaunseling individu, keluarga dan kerjaya. Beliau juga merupakan seorang usahawan yang berjaya pada masa sama sangat aktif menyertai program kesukarelawanan kesihatan mental di pelbagai peringkat untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera mental.



Aina



Cik Aina Kamil merupakan Psikologis Klinikal, lulusan Ijazah Sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Kaunselor Berdaftar dengan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau berkemahiran dalam menangani isu berkenaan kesihatan mental (penilaian psikologi dan intervensi), perkembangan diri dan hubungan kekeluargaan yang dialami individu dewasa dan remaja.Β 

Hazirah



Pn. Norhazirah Mustaffa merupakan Kaunselor Berdaftar berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling dan juga Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kini berkhidmat sebagai Pensyarah Psikologi dan Kaunseling di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur. Beliau berkemahiran dalam menangani isu-isu berkaitan remaja, kesihatan mental, perkahwinan dan kekeluargaan.